Powered By Blogger

Saturday, July 14, 2012

friends

friends atau kawan-kawan.. topik yang sangat common dalam blog atau tempat lain.. tapi ada aden kisah... nak cerita jugak...

setiap tahun list kawan miss amaryllis akan bertambah...
dari sekolah rendah hingga lah sekolah menengah..
tapi sekarang sudah masuk form 3...
hubungan miss amaryllis dengan kawan-kawan macam renggang sedikit..
kalau dengan yang tak duduk sekolah sekali tak apa.. yang ini.. budak sekolah rendah yang belajar sama ngan miss amaryllis dan sekarang sekolah menengah yang sama dengan miss amaryllis juga..
miss amaryllis memang tak baik dengan semua orang tu. bercakap pun hal yang penting ja sekarang kalau tak ada hal penting.. memang tak bercakap la kami..

untuk yang duduk berlainan sekolah dengan miss amaryllis...
ada 2-3 orang yang miss amaryllis selalu contact tahun lepas tapi tahun ni memang miss amaryllis kurang contact dengan 2-3orang tu... tak ada idea nak cakap tentang apa... kitaorang pun memang dah lama tak jumpak.. huhuhu... kenduri nanti pun mesti diorang sudah masuk asrama.. tak sempat la nak berjumpa...

kadang-kadang tanpa sedar kita kehilangan seorang kawan kerana mendapat kawan-kawan yang baru..
i hate if the situation happened to me.. i will feel sad but its my bad cause i didn't try to reconnect with them when i have the chance too... then sooner or later our friendship will be lost like the bottle that float in the sea that have no ending...

nota kaki : aku merepek apa ni ha... layan je la ye.. daaaa.. XD

Friday, May 4, 2012

cicak oh cicak

hello... geli miss amaryllis hari ni.... kenapa????

hari ni tengah-tengah miss amaryllis duduk bersandar dekat dinding sambil main laptop buat blogwalking tiba-tiba.......

ada rasa benda jatuh atas bahu miss amaryllis.. 
oleh kerana rasa terganggu... miss amaryllis pun pegang la benda tu...
masa pegang rasa lembut ja. time tengok dekat jari miss amaryllis.
miss amaryllis tak perasan lagi tapi bila bau..
rupa-rupanya benda tu ialah.............



TAIK CICAK... 

p/s: hampeh cicak tu.. punya la banyak ruang kat rumah miss amaryllis.. kat atas bahu miss amaryllis juga la dia nak melepas... kalau miss amaryllis dapat cicak tu.. miss amaryllis panggang binatang tu... like kalau sapa nak join makan cicak panggang...



Monday, April 16, 2012

benci..

olla....

ada la seorang hamba allah ni yang miss amaryllis kenal.. waktu miss amaryllis jumpa dia awal-awal, dia baik ja.. 
selepas beberapa bulan start la keluar sikap dia yang suka marah orang.. miss amaryllis jenis kalau marah simpan  diam-siam so macam shocked la jugak... walaupun shocked miss amaryllis tetap baik ngan dia boleh sembang lagi.. lepas berkali-kali dia buat benda yang sama dan tak nak insaf.. start tu la.. miss amaryllis cakap dengan dia bila perlu sahaja dan rasa kehadiran dia tu annoying.... 

miss amaryllis memang tak suka nak fikir buruk pasal orang tapi kalau dia dah buat depan miss amaryllis BERKALI-KALI... miss amaryllis akan rasa dia sesangat la annoying.... 

cuma nak merepek jer yang ni.. tak puas hati.. 
so tata...

Wednesday, January 18, 2012

dulu dan sekarang

hello dan Assalamualaikum u alls.. sorry lama tak update.. tak ada idea kot...

anyway hari ni miss amaryllis saja la tengok-tengok gambar profile facebook miss amaryllis yang lama dulu. miss amaryllis start ada fb darjah lima dan bergiat dalam fb ni waktu darjah enam (chewah ayat).. 
miss amaryllis tengok gambar waktu darjah enam dan tengok komen-komen yang miss amaryllis tulis sendiri..
baru miss amaryllis perasan. miss amaryllis yang dulu dan sekarang agak berbeza. 

contohnya.
miss amaryllis dulu selalu kata diri tak cantik la,tak pandai la,tak comel la, tak ada orang akan suka la sebab garang. banyak... tapi lepas miss amaryllis membesar dah jadi agak matang.. miss amaryllis mula sedar kencantikan luaran tak akan bertahan lama dan kita boleh jadi pandai kalau kita rajin berusaha.... 

miss amaryllis garang waktu sekolah rendah. mana-mana budak lelaki yang cari pasal dengan miss amaryllis. time-time tu juga miss amaryllis buat dia.. kadang-kadang ada la juga berlaku aksi kejar-berkejaran di koridor,.. tp lepas dah besar miss amaryllis dah tak macam dulu-dulu sebab miss amaryllis sekarang dah agak pandai mengawal perasaan.. 

benda yang tak berubah pun ada.

disebabkan perangai miss amaryllis yang rasa macam ketua (walaupun tak jadi ketua) atau cewi. membuatkan  banyak la mulut-mulut yang suka bercakap pasal miss amaryllis... mulut manusia tak boleh tutup kan.. tapi tak pa bercakap ja la janji tak sampai telinga miss amaryllis cukup.. i give up in hoping people will stop talking about me.. so let them talk.. 

so sampai sini sahaja la post miss amaryllis.. anyway jangan la terlalu merendah diri.. just be proud of what you are now...


gambar ni diambil waktu jamuan perpisahan murid tahun 6.. waktu miss amaryllis tengok gambar ni waktu tahun 6.. miss amaryllis tulis dekat komen yang miss amaryllis tak cantik dan nampak macam gangster.. thanks too my friends anis,dhamira dan etc. (sanggup melayan perangai merendah diri aku yang sangat terover dan maaf juga sebab mesti hang pa letih kan melayan perangai over rendah diri aku sebab almost setiap gambar dalam fb aku tulis aku tak cantik dulu. aku dah delete tak sanggup nak menerima kenyataan bahawa dulu aku tak mempunyai keyakinan diri.. lagi sekali minta maaf ya kawan..)