Powered By Blogger

Monday, November 14, 2011

alat musik



hello readers..

semua manusia ada keinginan dan salah satu keinginan miss amaryllis ialah.. miss amaryllis teringin belajar main gitar.. tetapi miss amaryllis tak berani nak bagitau mem.. takut kena merepek..

cakap la miss amaryllis ni memilih tetapi miss amaryllis suka apa dapat couple kawan dengan seseorang yang boleh main alat musik.. miss amaryllis suka berkhayal jugak kadang-kadang,..
kalau si dia boleh main alat musik boleh dia guna alat musik tu untuk pujuk miss amaryllis yang susah nak merajuk ni.. (susah ka merajuk???)

tak kisah la alat musik apa-apa pun.. tetapi ada jugak miss amaryllis baca yang orang islam tak boleh main alat musik tetapi tak tahu la.. miss amaryllis nak kata salah takut, nak kata betul hati tak setuju.. tetapi kalau miss amaryllis reti main guitar.. miss amaryllis main suka-suka ja la..

check la blog ni.. red ni tulis tentang hukum bermain gitar..
http://gitarputeh.blogspot.com/2011/05/pg-57-hukum-sebenar-bermain-gitar.html

credit to gitarputeh...

Sunday, October 30, 2011

watching movie

hari ni miss amaryllis tengok princess diaries 2 yang mmg dah lama keluar.. dulu-dulu time miss amaryllis layan tengok cerita ni sebab kakak2 miss amaryllis yang tengok... miss amaryllis tak faham jugak dia cakap apa lepas tu time kakak2 miss amaryllis gelak, miss amaryllis pun gelak jugak walaupun miss amaryllis tak tahu kakak2 miss amaryllis gelak sebab apa.. tetapi hari ni miss amaryllis gelak tambah senyum macam orang gila.. (well ni dah biasa.. macam bila miss amaryllis tengok nada cinta pun senyum macam orang gila jugak sebab ada randy)

yang gelak tu of course la sebab lawak tapi yang senyum macam orang gila tu sebab ada scene2 yang romantik sesangat la.. i can't imagine how i smile watching those scenes... 

dalam cerita princess diaries ni ada terselit gambar prince william.. kalau dulu trust me miss tak kan tahu siapa itu prince william tetapi thanks to the fairy tale wedding in 2011 sekarang miss amaryllis tahu la jugak siapa itu prince william dan princess kate...

sampai sini ja coretan kali ini.. thanks for reading.. <3 <3 <3

Friday, October 28, 2011

mengisi waktu senggang

hello kepada sesiapa yang membaca post ni..

hari ni miss amaryllis membasuh selendang yang miss amaryllis pau duit mak miss amaryllis untuk membeli selendang tersebut.. dua.. satu warna koko dan satu warna ungu siap butang-butang lagi... selendang ungu memang kena basuh guna tangan..

sebelah malamnya selendang2 itu sudah pun kering jadi miss amaryllis angkat selendang tu dan bawak masuk dalam bilik..

dalam bilik miss amaryllis start buat fashion show sendiri2.. guna dua selendang yang baru dibeli.. sebelum ni guna selandang yang miss amaryllis kebas daripada akak miss amaryllis tapi sekarang miss amaryllis menerai selendang yang miss amaryllis baru dapat la..

tapi kan walaupun miss amaryllis dah beli selendang2 ni.. miss amaryllis cuma berani pakai selendang ni kat dalam bilik ja la.. tak berani tunjuk lagi betapa cantiknya  hodohnya miss amaryllis pakai selendang.. mlm ni try dua2 selendang niat di hati nak tangkap gambar letak dalam blog tetapi sayangnya miss amaryllis tak reti nak tangkap gambar sendiri2...  huhuhu...

sekarang miss amaryllis dah ada tiga selendang.. patut pakai dalam masa terdekat sebelum mem besar marah..

Wednesday, October 12, 2011

exam...

last miss amaryllis buat post 17/9.. nasib la x bersarang blog ni... 
anyway miss amaryllis saja ja tulis hari ini untuk menghilangkan tension sebab buat latihan sejarah tadi dari bab 5 hingga bab 8.. SANGAT MENGANTUK!!!!!

fikir nak tidur terus ja lepas siap buat but then my mr.lappy macam memanggil-manggil ja "main la ngan aku miss amaryllis" (kalau la mr. lappy boleh bercakap mesti dia kutuk miss amaryllis yang ganas bila type sesuatu. sorry mr.lappy)

sebenarnya exam akhir tahun nak dekat jadi kena la berusaha keras sikit walaupun tahu mesti tak dapat lawannya si mamat berlagak pandai (miss amaryllis mengaku mmg dia pandai. miss amaryllis tak jumpa lagi nama panggilan untuk dia).... at least tak salah kan mencoba..  dapat B pun miss amaryllis tak kisah tapi miss amaryllis akan kisah bila kena merepek dengan mam besar.. waaaaaaa tak nak.... 

Saturday, September 17, 2011

surat terakhir untuk Mr.Ivy

Mr.Ivy waktu kita bertemu dekat FB sebenarnya miss amaryllis tipu tentang handphone rosak dan sim patah la.. sebenarnya juga miss amaryllis mesej mr Ivy untuk kali pertama adalah kerana miss amaryllis boring. awal-awal miss amaryllis mesej ngan mr Ivy. miss amaryllis suka tetapi lepas mr ivy mengaku mr ivy suka kat miss amaryllis dan setiap mesej mr ivy tulis i love you .. start dari tu la miss amaryllis tak suka dah nak mesej ngan mr. ivy sebab tu la miss amaryllis layan tak mau layan ja. (sorry)..

hadiah-hadiah tu sebenarnya mak miss amaryllis tak bagi pakai dia suruh simpan ja.. miss amaryllis akan simpan ya hadiah tu jangan risau..

miss amaryllis harap bila Mr. Ivy baca post ni. Mr.Ivy tak la tersinggung hati. post ni memang dari hati miss amaryllis.. sekali lagi miss amaryllis nak minta maaf... 

Tuesday, September 13, 2011

lama tak update

miss amaryllis check la blog archive.. untuk bulan september post baru tiada lagi..
miss amaryllis tak tau nak cakap pasal apa..

Saturday, August 27, 2011

Surat Untuk Mr. Ivy 2

Mr. Ivy
hari ni saya tulis surat untuk awak lagi. nampaknya tak lama lagi blog ni penuh dengan surat untuk awak ja la..

Mr. Ivy
sebenarnya yang gelang tu mak saya tak bagi saya pakai tapi mak saya suruh saya simpan ja tapi saya tak nak beritahu awak perkara sebenar takut awak sedih. sebenarnya jugak saya tak suka pakai gelang oleh itu saya akan simpan gelang tu dan nanti bila awak datang beraya rumah saya. saya akan pakai la gelang tu...

sampai sini dulu....

Thursday, August 25, 2011

Surat Untuk Mr. Ivy

Dear Mr.Ivy


tujuan saya (miss amaryllis) menulis surat ini adalah kerana saya takut nak hantar surat sebenar jadi biarlah surat ni menjadi sejarah di blog ni sahaja..


Mr. Ivy
betul la orang kata cinta tu buta, tapi saya masih tak rasa saya cinta kat awak cuma saya rasa ada jugak terbit perasaan suka saya kat awak. kadang-kadang saya tertunggu-tunggu jugak mesej dari awak kalau awak tak hantar mesej kat saya, saya rasa macam awak merajuk ngan saya ja. saya nak jugak antar mesej kat awak tapi saya takut awak sibuk jadi saya tunggu la mesej yang awak hantar walaupun saya mahu tapi saya malu untuk menghantar mesej kat awak.


Mr. Ivy
sebelum ni saya terkejut jugak masa awak tolong top pup untuk saya sebab saya tak pernah dapat top pup dari orang yang saya kurang baik lagipun tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima. hari ini saya terkejut juga sebab awak kasi gelang tangan kat saya.saya betul-betul terkejut sebab ni la first time ada seorang budak lelaki kasi something kat saya. saya juga nak berterima kasih kat awak sebab kasi gelang ni. gelang ni cantik nasib la awak pilih yang simple ja.kalau yang banyak dekorasi dah sah saya tak pakai. saya lebih suka something simple sebab simple is more.


Mr. Ivy
saya harap pemberian awak ini ialah tanda persahabatan kita dan bukan tanda percintaan kita sebab memang saya anggap awak sebagai kawan sahaja dan kerana itulah saya gelar awak Mr. Ivy kerana bunga Ivy melambangkan persahabatan. saya harap persahabatan kita akan kekal. saya juga akan ingat bahawa awak la lelaki pertama yang bagi saya hadiah.


sampai sini saja la surat saya Mr. Ivy. 


sekian
sahabatmu
(miss amaryllis)


P/S: miss amaryllis tulis ni sebab nak luahkan perasaan. miss amaryllis takut nak bagitau dia. miss amaryllis jugak takut klu tiba-tiba dia terjumpa post ni.. miss amaryllis tak percaya akan maksud bunga-bunga tetapi miss amaryllis saja pilih nama Mr. Ivy ni based on bunga Ivy baru romantik gitu. mungkin miss amaryllis akan letak nama bunga jugak untuk kwn2 miss amaryllis yang lain berdasarkan perangai mereka tapi nanti la bila miss amaryllis ada cerita menarik nak cerita pasal diorang.



Tuesday, August 16, 2011

mengarang cerita

first time miss amaryllis nak tulis cerpen. sekarang tengah menjana idea sambil menedengar lagu bruno mars-count on me.
dalam cerita ni latar belakang dia tempat miss amaryllis tinggal dan tempat miss amaryllis belajar. cerita ni miss amaryllis buat miss amaryllis tua setahun .=D
hero dan heroin adalah rakan kelas miss amaryllis.. bila keluar cerpen nanti anda tahu la siapa ya..
miss amaryllis ambil nama rakan sekelas sebab miss amaryllis malas nak reka nama yang sedap disebut dan di dengar jadi baik miss amaryllis ambik nama rakan kelas miss amaryllis ja tak sakit otak nak pikir. miss amaryllis takut gak tuan empunya badan marah tapi don't worry i'll make a good story okay (insyaallah)...

jadi tunggu la cerpen ni.. miss amaryylis akan post kat blog satu lagi.. nanti bila keluar miss amaryllis cerita k.

Tuesday, August 9, 2011

menjaga anak tikus..

miss amaryllis baru tengok geng mengaji kat tv dan time miss amaryllis tengok dia cakap pasal tikus. disebabkan mak tikus mati ada la dua budak ni jaga si anak-anak tikus ni katanya anak tikus itu dah jadi anak yatim.. dua budak ni siap bagi susu lagi... anyway post hari ini bukan disebabkan cerita geng mengaji tapi nak cerita tentang miss amaryllis kecil-kecil dulu yang main ngan anak tikus..

alkisahnya..
dulu miss amaryllis duduk dekat kampung. waktu cuti sekolah keluarga pun mengemas la rumah. untuk tingkat atas (rumah kat kampung dua tingkat yang atas dari kayu yang bawah dari konkrit). banyak la barang dibuang. tingkat dua tu nampak la bersih sikit. dan di satu sudut miss amaryllis nampak anak-anak tikus. 3 ekor tak silap.
mak tikus-tikus tu mati kot,. cita-cita miss amaryllis nak jadi veterinar so itulah jenis haiwan pertama yang *dirawat* oleh miss amaryllis. hari miss amaryllis jumpak tikus-tikus tu. miss amaryllis tilik tikus-tikus tu setiap ekor. lepas dah siap, setiap sekor tikus tu miss amaryllis letak dalam wooden pencil box. miss amaryllis tak kasi susu. nasib la miss amaryllis tak ambil jarum yang memang sedia ada kat rumah kampung tu kalau tak lagi terseksa tikus-tikus tu.
miss amaryllis jadi veterinar sehari ja. keesokan harinya. tiga-tiga ekor tikus tu mati sebabnya adalah kerana lepas miss amaryllis main ngan tikus-tikus tu, miss amaryllis tutup kejap wooden pencil box tu.. hehehe...
(dulu miss amaryllis jahil, tak tahu yang benda hidup perlukan oksigen untuk hidup)

that was my story of first being unapproved veterinarian.. i still remember it until now. on that year my age around 6 or 7 years old..

Wednesday, August 3, 2011

terawih.

untuk ramadhan tahun ini baru hari ini miss amaryllis pergi sembahyang terawih.. miss amaryllis buat 20 rakaat yang witir tak buat sebab lupa macam mana nak buat (jujur kan??)
tapi yang bestnya hari ini.. lepas rakaat yang ke-8 tinggal miss amaryllis ja yang bawah umur 25 tahun la.. makcik-makcik yang tinggal untuk sembahyang witir senyum ja tengok miss amaryllis keluar lepas habis sembahyang 20 rakaat (tak sesuai buat menantu). hehehe...

waktu sembahyang terawih ada part miss amaryllis tak khusuk (tak reti eja) sebab ingat masa kecik-kecik dulu.
miss amaryllis pindah ke rumah yang miss amaryllis duduk sekarang waktu umur 8 tahun. sebelum ni miss amaryllis duduk dekat kampung jadi bila terawih miss amaryllis pergi la surau kat kampung dengan kakak-kakak miss amaryllis. daripada enam orang kakak miss amaryllis kadang-kadang semua pergi sembahyang terawih dan kadang-kadang separuh ja pergi. sekarang rindu nak pergi sembahyang terawih ngan kakak2 miss amaryllis. sekarang semua dah sibuk ada sibuk berkerja dan ada juga yang sibuk belajar.
miss amaryllis ingat lagi waktu miss amaryllis umur 6 tahun (orang dah reti baca al-fatihah) time gi sembahyang maghrib miss amaryllis baca kuat al-fatihah ikut imam. mak cik-makcik dan pak cik-pak cik yang ada kat surau tu senyum ja la.. nasib la sembahyang maghrib tiga rakaat ja kalau sembahyang terawih mahu pekak telinga semua orang ada kat situ...

p/s: mak miss amaryllis baru balik dari sembahyang terawih. dia tanya kenapa miss amaryllis lari lepas habis rakaat 20. jadi dengan jujurnya miss amaryllis jawab tak reti sembahyang witir..

Tuesday, August 2, 2011

puasa

hari ini sudah hari kedua puasa..
miss amaryllis lepas sahur tak tidur jadi memudahkan miss amaryllis untuk buat macam-macam sempat la baca al-quran sebelum gi sekolah (bulan puasa kan akan dipergandakan pahala).
hai ini miss amaryllis rasa masa berlalu sedikit lambat tetapi sebagai perempuan muslimah (sempat puji diri sendiri) pasti dapat bertahan..
miss amaryllis harap-harap dapat mengekalkan rentak ini selama sebulan supaya teratur. dalam ogos ni jugak akan ada peperiksaan. muahahaha.. so chaiyok miss amaryllis..

he's back

yes.. daniel shaw (Brandon Routh) not dead in Chuck..

  miss amaryllis baru tahu dia ni pun berlakon jadi hero dalam cerita superman returns.. hehehe.. miss amaryllis sangat ketinggalan zaman.. tapi waktu superman returns tu miss amaryllis baru 9 tahun mana la nak kenal pelakon-pelakon inggeris ni. 

walaupun muka dia totally handsome tapi dia berlakon dalam chuck sebagai orang jahat. so people 
"don't judge a book by its cover". 

dan disebabkan Daniel Shaw ni jahat dalam chuck kadar suka miss amaryllis akan dia (chewah guna melayu betoi tu) menurun. anyway i'm still falling for him.. *chuckle* *wink wink* 


Sunday, July 31, 2011

ramadhan sudah tiba..

well miss amaryllis tahu miss amaryllis mmg lewat post tntg puasa sbb it's already 1st august.. so selamat berpuasa semua muslim dan muslimah di seluruh negara. cakap psl puasa miss amaryllis ingat lg dulu2 waktu miss amaryllis kecik (sekarang remaja jadi elok la tu kan cita psl masa kecik). pagi2 raya lps orng sembahyang raya miss amaryllis akn berjalan-jalan dr rumah ke rumah ngan kwn2 untuk mengutip duit raya.. klu ada rmh yg kami bg salam dan dia tak bkk pintu mula la miss amaryllis kutuk tuan rumah tu tp skrng x mcm tu dh.. sekarang kdng2 miss amaryllis raya kt kedah dan kdng2 miss amaryllis raya kt shah alam. (selang-seli).. thn nie raya kt kedah tp first ramadhan miss amaryllis kt shah alam. thanks to my school for giving me 4 days of holidays. my homework still not done yet ;)..
skang dh kol 12 pg tp miss amaryllis x tido lg. esok mesti liat nk bngn sahur..

anyway hari sabtu miss amaryllis pergi tngk harry potter and the deathly hollows part 2.. yay!!!!. bg miss amaryllis harry potter best.. miss amaryllis pergi tngk dngn kkk number dua miss amaryllis.

*untuk tahu kenapa miss amaryllis tls kkk number dua  dan bkn kkk sahaja miss akan bagitahu dalam post akn datang. (miss amaryllis lupa nk bagitahu tntg latar blkng keluarga amaryllis)

Wednesday, July 13, 2011

merlin

sekarang miss amaryllis addicted dengan cerita merlin.. first of course sebab arthur pendragon dan satu lagi sebab cerita dia tak bersangkut seperti CSI yang kadang-kadang ada sambungan. tambah2 kalau series serial killer tak tahan miss amaryllis nak tunggu so skang miss amaryllis setia dengan merlin la.. miss amaryllis harap series 3 ni siri last untuk cerita merlin..
esok harry potter and the deathly hollows akan ditayangkan di pawagam.. sedihnya miss amaryllis tak boleh pergi tengok.. mungkin nanti miss amaryllis akan beli cd dia kot.. well i'm willing to sacrifice my money to know the last episode if there is no part 3. miss amaryllis nak tahu last dia ja.. sama la time miss amaryllis baca buku. miss amaryllis akan baca last dia dulu sebelum baru start baca dari awal hingga habis. sekarang nak habiskan buku harry potter and the order of phoenix lak.. 553 muka surat.. chaiyok!!!

Sunday, July 10, 2011

lepas geram

FUCK 
DAMN
BABI


ni miss amaryllis saja nak lepaskan geram ja...

buku fantasi

miss amaryllis sangat cemburu dengan penulis-penulis buku fantasi..
buku miss amaryllis yang paling suka ialah Harry Potter  ditulis oleh J.K Rowling dan Percy Jackson and the Olympian ditulis oleh Rick Riordan.
of course kedua-dua buku itu sudah dijadikan filem tapi filem tu la yang membuatkan miss amaryllis tertarik hari untuk membaca buku-buku tersebut.
miss amaryllis tak boleh bayangkan bagaimana penulis-penulis ni boleh berimaginasi setinggi tu kerana HP dan PJ ialah buku bergenre fantasi di mana aksi diselitkan juga. dengan makhluk-makhluknya, kuasanya... sangat susah dibayangkan...


p/s : miss amaryllis lebih suka PJ daripada HP.. ;)

Saturday, July 9, 2011

time wait for no man

time wait for no man..
hehehe..

sekarang baru la miss amaryllis sedar berapa banyak masa miss habiskan main Facebook, twitter (yang dah tak active skang) dan tngk youtube (miss amaryllis skang suka tengok video dari nigahiga dan cloudstrife718).. 
dari UPSR pejam celik, pejam celik.. miss amaryllis dah nak masuk form 3 yang bermakna miss amaryllis akan ambil peperiksaan PMR.. does not know my faith yet but i need to try hard to achieve what i want..

sekarang miss amaryllis ngah buat novel. tngk la nanti klu novel tu dah siap mungkin miss amaryllis akan post dlm blog ni kot.. nak post sekarang pun blh tapi takut nanti ada pertukaran.. anyway kalau miss amaryllis post pun.. miss amaryllis akan post bab by bab.. so have a happy life.. TEEHEE (sorry nigahiga i stole your phrase)... 

Sunday, May 29, 2011

bercuti

yeah cuti dua minggu dah start dan part yang paling best ialah tiada homework.. wahahahaha (gelak jahat)
thanks too pihak sekolah sebab buat exam sebelum cuti so cikgu tak sempat nak bagi kerja sekolah...tapi untuk paper math miaa amaryllis dapat 76 ja.. mungkin careless kot atau asyik main FB ja hingga mls wat latihan math..
anyway sorry ya cikgu math.. =D
harapan untuk miss amaryllis untuk dapat number satu dah hancur lebur.. tak apa la biarlah si F tu dapat number satu or si NH or si NN... siapa la diri miss amaryllis nie..

hari ni miss amaryllis baru hbs baca buku harry potter deathly hallows..
best la jgk time2 part pergaduhan untuk menentang voldemort..
deisbabkan miss amaryllis tak sngt ikut cerita harry potter so setiap kali keluar nama ja miss amaryllis akan check dlm internet yang mana satu watak nama tu dlm buku..

Wednesday, May 18, 2011

minggu exam

mula hari ini iaitu hari rabu ada exam..
pertengahan tahun time2 gini la miss amaryllis nak study sbb nk dpt hadiah of course..
antara 4 kali exam dlm tahun ni exam pertengahan tahun la miss amaryllis best sbb DAPAT HADIAH.
tapi nak study pun masih tak kesampaian sbb asyik tulis blog dan bukak youtube ja.. hahaha...

apa pown go miss amaryllis
GANBATTE!!! CHAIYOK!!! HWAITING!!! FIGHTING!!!!

Tuesday, May 3, 2011

hate

kenapa la miss amaryllis kisah sangat tntg apa yg org fikir pasal miss amaryllis??
sudah miss amaryllis berkali-kali cuba untuk tak endahkan kutukan tu tapi x menjadi. (i hate this)
mmg la lumrah hidup ada orang yang tak akan suka kat kita but selama 5 bulan kami kenal dan masih mengutuk WHAT THE HELL... miss amaryllis tak pernah pun kutuk sesiapa (tahun ni la kalau tak silap)...
miss amaryllis sibuk sikit or tak pergi sekolah start la mulut2 tu beroperasi.. macam la cerita tntg miss amaryllis menarik sngt...
sebenarnya miss amaryllis dah cuba untuk tukar perangai agar menjadi pendiam  tapi kenapa masih jugak miss amaryllis tak boleh berubah.. macam mana nak tukar??

harap miss amaryllis dapat la tukar perangai miss amaryllis sendiri.
antara perangai2 miss amaryllis tak suka tntg diri sendiri:
1.suka mengarah
2.sentiasa takut orang pikirkan perkara yang negatif tntg diri miss amaryllis
3.gedik
4.suka merepek..

mcm mana la nak berubah??

kepada orang yang suka gossip tntg miss amaryllis tu:
please la stop talking at my back i had tried my best to be a good person but i do not know what you don't like about myself.. maybe i'll try change but my changing just for a while cause my natural behaviour easy come and easy go.. :P

Saturday, April 16, 2011

camping

hari khamis miss amaryllis punya la excited nak g camping.
apabila sampai tempat perkhemahan tu cuma satu perkataan boleh miss amaryllis gambarkan semua..
BORING

dah la tempat tu mmg la cantik tapi apabila masuk tandas dia uish!! tuhan ja la yang tahu apa yang miss amaryllis pikir time tu..
disebabkan tu la miss amaryllis mandi tak bersabun nsb la camping kt lata so selamat la aden.. hehehe...

Saturday, April 9, 2011

x puas hati

hari ini selepas tengok AF9 miss amaryllis pun melencong la ke siaran tv lain dan terpaut hati untuk tngk drama di tv3.. walaupun miss amaryllis start tngk dari tengah ja but part yang paling tak best filem tu SAD ENDING
dan yang tak paling masuk akal ialah last2 scene ada tunjuk kereta hitam dah la tak tunjuk siapa pemandu dan scene kereta tu mcm mencacatkan cerita tu sahaja sebab kereta tu miss amaryllis rasa tiada kaitan pun dengan filem yang miss amaryllis tonton...  lagi satu ibu dlm rumah dah nazak tapi si anak tu sempat bergaduh lagi di hadapan pintu rumah dah smpi depan rumah baik masuk daripada buang air liur bergaduh dengan si abang.. last2 time mak dia mati si anak tu x dapat tngk mak dia...

tamatlah sesi merepek..

imagination

ari ni miss amaryllis tengok la AF 9 sambil2 tu just menyanyi la lagu Bruno Mars- Just The Way You Are..
miss amaryllis pun cakap la kakak miss amaryllis "kan best kalau dlm AF ada org nyanyi lagu nie.." then selepas 3 org menyanyi keluar Amir.. amir nyanyi lagu bruno mars terkejut miss amaryllis..

tetapi miss amaryllis dapat agak kalau lagu tu tak ada orang nyanyi minggu nanti mesti mingu2 hadapan akan ada orang nyanyi well lagu ni popular....

Friday, April 8, 2011

white x-mas

white x-mas nie tajuk cerita bukan miss amaryllis sambut x-mas okay tp klu ada x-mas pown best gak sbb time tu pasti malaysia akan bersalji..

satu hari disebabkan miss amaryllis malas nak tido awal so miss amaryllis tekan je la semua channel yang ada di astro tiba2 ada la satu cerita ni tajuk kbs drama sepcial di KBS WORLD.. plot cerita ni best dan pelakon2 lelaki pown ada yang kacak (well korean) hehehe... tapi sayangnya dah dua episode miss amaryllis lepas tengok.. sekarang cerita tu clash ngan maharaja lawak.. tak tahu nk tngk yang mana dulu.. at last miss amaryllis ambik keputusan nk tngk drama tu dan maharaja lawak part2 pelawak yang miss amaryllis suka ja.. pelawak tu of course sepah,jozan,balas dan nabil....

kesukaan miss amaryllis

khamis baru2 nie miss amaryllis pergi la pertandingan bahas ala parlimen walaupun tidak jadi peserta tabi best sngt...

antara faktor-faktor miss amaryllis suka memasuki pertandingan dan bertanding di luar sekolah
1. best bila menang
2. kembangkan bakat
3. jumpak ramai kawan
4. boleh cuci mata..

yang number 4 tu sekadar bergembira mana la tahu nnti bertanding secara berkumpulan dan kita tak baik sngt ngan ahli kumpulan tu pasti rasa boring...

Saturday, April 2, 2011

mata pelajaran di benci

hari miss amaryllis melukis poster sebab esok cikgu nk tngk...
time macam2 ni la i need my sister..
huhuhu..  dah la tak reti melukis tetapi terpaksa so hasilnya mmg teruk tak tau la cikgu bg apa rasanya C..
at least.. lukisan tu dah 60% siap dan malas nak buat yang lain dah.. esok tunjuk kat cikgu ja la..
memandangkan hari ini hari sabtu jadi miss amaryllis tak ada kerja nak buat dan tiada cerita best if akademi fantasia susah nak tengok cuz i love k-pop now jadi sebab tu miss amaryllis merepek kat sini...

Saturday, March 12, 2011

hate

i hate someone who old and acted like a baby
it make a pain in the ass...

hate it

Thursday, March 3, 2011

hidup kita sempurna

hidup kita sudah diatur dengan sempurna
dari kita bayi sehinggalah menjadi dewasa..
dari bayi kita mengenali keluarga kita,
setelah itu apabila membesar kita akan mempunyai rakan2,
apabila dewasa kita mempunyai pekerjaan yg tetap dan berjumpa teman hidup kita..

bukan ka semua itu sudah diatur dan cuma kita perlu bersabar dan berusaha...