Powered By Blogger

Saturday, August 27, 2011

Surat Untuk Mr. Ivy 2

Mr. Ivy
hari ni saya tulis surat untuk awak lagi. nampaknya tak lama lagi blog ni penuh dengan surat untuk awak ja la..

Mr. Ivy
sebenarnya yang gelang tu mak saya tak bagi saya pakai tapi mak saya suruh saya simpan ja tapi saya tak nak beritahu awak perkara sebenar takut awak sedih. sebenarnya jugak saya tak suka pakai gelang oleh itu saya akan simpan gelang tu dan nanti bila awak datang beraya rumah saya. saya akan pakai la gelang tu...

sampai sini dulu....

Thursday, August 25, 2011

Surat Untuk Mr. Ivy

Dear Mr.Ivy


tujuan saya (miss amaryllis) menulis surat ini adalah kerana saya takut nak hantar surat sebenar jadi biarlah surat ni menjadi sejarah di blog ni sahaja..


Mr. Ivy
betul la orang kata cinta tu buta, tapi saya masih tak rasa saya cinta kat awak cuma saya rasa ada jugak terbit perasaan suka saya kat awak. kadang-kadang saya tertunggu-tunggu jugak mesej dari awak kalau awak tak hantar mesej kat saya, saya rasa macam awak merajuk ngan saya ja. saya nak jugak antar mesej kat awak tapi saya takut awak sibuk jadi saya tunggu la mesej yang awak hantar walaupun saya mahu tapi saya malu untuk menghantar mesej kat awak.


Mr. Ivy
sebelum ni saya terkejut jugak masa awak tolong top pup untuk saya sebab saya tak pernah dapat top pup dari orang yang saya kurang baik lagipun tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima. hari ini saya terkejut juga sebab awak kasi gelang tangan kat saya.saya betul-betul terkejut sebab ni la first time ada seorang budak lelaki kasi something kat saya. saya juga nak berterima kasih kat awak sebab kasi gelang ni. gelang ni cantik nasib la awak pilih yang simple ja.kalau yang banyak dekorasi dah sah saya tak pakai. saya lebih suka something simple sebab simple is more.


Mr. Ivy
saya harap pemberian awak ini ialah tanda persahabatan kita dan bukan tanda percintaan kita sebab memang saya anggap awak sebagai kawan sahaja dan kerana itulah saya gelar awak Mr. Ivy kerana bunga Ivy melambangkan persahabatan. saya harap persahabatan kita akan kekal. saya juga akan ingat bahawa awak la lelaki pertama yang bagi saya hadiah.


sampai sini saja la surat saya Mr. Ivy. 


sekian
sahabatmu
(miss amaryllis)


P/S: miss amaryllis tulis ni sebab nak luahkan perasaan. miss amaryllis takut nak bagitau dia. miss amaryllis jugak takut klu tiba-tiba dia terjumpa post ni.. miss amaryllis tak percaya akan maksud bunga-bunga tetapi miss amaryllis saja pilih nama Mr. Ivy ni based on bunga Ivy baru romantik gitu. mungkin miss amaryllis akan letak nama bunga jugak untuk kwn2 miss amaryllis yang lain berdasarkan perangai mereka tapi nanti la bila miss amaryllis ada cerita menarik nak cerita pasal diorang.



Tuesday, August 16, 2011

mengarang cerita

first time miss amaryllis nak tulis cerpen. sekarang tengah menjana idea sambil menedengar lagu bruno mars-count on me.
dalam cerita ni latar belakang dia tempat miss amaryllis tinggal dan tempat miss amaryllis belajar. cerita ni miss amaryllis buat miss amaryllis tua setahun .=D
hero dan heroin adalah rakan kelas miss amaryllis.. bila keluar cerpen nanti anda tahu la siapa ya..
miss amaryllis ambil nama rakan sekelas sebab miss amaryllis malas nak reka nama yang sedap disebut dan di dengar jadi baik miss amaryllis ambik nama rakan kelas miss amaryllis ja tak sakit otak nak pikir. miss amaryllis takut gak tuan empunya badan marah tapi don't worry i'll make a good story okay (insyaallah)...

jadi tunggu la cerpen ni.. miss amaryylis akan post kat blog satu lagi.. nanti bila keluar miss amaryllis cerita k.

Tuesday, August 9, 2011

menjaga anak tikus..

miss amaryllis baru tengok geng mengaji kat tv dan time miss amaryllis tengok dia cakap pasal tikus. disebabkan mak tikus mati ada la dua budak ni jaga si anak-anak tikus ni katanya anak tikus itu dah jadi anak yatim.. dua budak ni siap bagi susu lagi... anyway post hari ini bukan disebabkan cerita geng mengaji tapi nak cerita tentang miss amaryllis kecil-kecil dulu yang main ngan anak tikus..

alkisahnya..
dulu miss amaryllis duduk dekat kampung. waktu cuti sekolah keluarga pun mengemas la rumah. untuk tingkat atas (rumah kat kampung dua tingkat yang atas dari kayu yang bawah dari konkrit). banyak la barang dibuang. tingkat dua tu nampak la bersih sikit. dan di satu sudut miss amaryllis nampak anak-anak tikus. 3 ekor tak silap.
mak tikus-tikus tu mati kot,. cita-cita miss amaryllis nak jadi veterinar so itulah jenis haiwan pertama yang *dirawat* oleh miss amaryllis. hari miss amaryllis jumpak tikus-tikus tu. miss amaryllis tilik tikus-tikus tu setiap ekor. lepas dah siap, setiap sekor tikus tu miss amaryllis letak dalam wooden pencil box. miss amaryllis tak kasi susu. nasib la miss amaryllis tak ambil jarum yang memang sedia ada kat rumah kampung tu kalau tak lagi terseksa tikus-tikus tu.
miss amaryllis jadi veterinar sehari ja. keesokan harinya. tiga-tiga ekor tikus tu mati sebabnya adalah kerana lepas miss amaryllis main ngan tikus-tikus tu, miss amaryllis tutup kejap wooden pencil box tu.. hehehe...
(dulu miss amaryllis jahil, tak tahu yang benda hidup perlukan oksigen untuk hidup)

that was my story of first being unapproved veterinarian.. i still remember it until now. on that year my age around 6 or 7 years old..

Wednesday, August 3, 2011

terawih.

untuk ramadhan tahun ini baru hari ini miss amaryllis pergi sembahyang terawih.. miss amaryllis buat 20 rakaat yang witir tak buat sebab lupa macam mana nak buat (jujur kan??)
tapi yang bestnya hari ini.. lepas rakaat yang ke-8 tinggal miss amaryllis ja yang bawah umur 25 tahun la.. makcik-makcik yang tinggal untuk sembahyang witir senyum ja tengok miss amaryllis keluar lepas habis sembahyang 20 rakaat (tak sesuai buat menantu). hehehe...

waktu sembahyang terawih ada part miss amaryllis tak khusuk (tak reti eja) sebab ingat masa kecik-kecik dulu.
miss amaryllis pindah ke rumah yang miss amaryllis duduk sekarang waktu umur 8 tahun. sebelum ni miss amaryllis duduk dekat kampung jadi bila terawih miss amaryllis pergi la surau kat kampung dengan kakak-kakak miss amaryllis. daripada enam orang kakak miss amaryllis kadang-kadang semua pergi sembahyang terawih dan kadang-kadang separuh ja pergi. sekarang rindu nak pergi sembahyang terawih ngan kakak2 miss amaryllis. sekarang semua dah sibuk ada sibuk berkerja dan ada juga yang sibuk belajar.
miss amaryllis ingat lagi waktu miss amaryllis umur 6 tahun (orang dah reti baca al-fatihah) time gi sembahyang maghrib miss amaryllis baca kuat al-fatihah ikut imam. mak cik-makcik dan pak cik-pak cik yang ada kat surau tu senyum ja la.. nasib la sembahyang maghrib tiga rakaat ja kalau sembahyang terawih mahu pekak telinga semua orang ada kat situ...

p/s: mak miss amaryllis baru balik dari sembahyang terawih. dia tanya kenapa miss amaryllis lari lepas habis rakaat 20. jadi dengan jujurnya miss amaryllis jawab tak reti sembahyang witir..

Tuesday, August 2, 2011

puasa

hari ini sudah hari kedua puasa..
miss amaryllis lepas sahur tak tidur jadi memudahkan miss amaryllis untuk buat macam-macam sempat la baca al-quran sebelum gi sekolah (bulan puasa kan akan dipergandakan pahala).
hai ini miss amaryllis rasa masa berlalu sedikit lambat tetapi sebagai perempuan muslimah (sempat puji diri sendiri) pasti dapat bertahan..
miss amaryllis harap-harap dapat mengekalkan rentak ini selama sebulan supaya teratur. dalam ogos ni jugak akan ada peperiksaan. muahahaha.. so chaiyok miss amaryllis..

he's back

yes.. daniel shaw (Brandon Routh) not dead in Chuck..

  miss amaryllis baru tahu dia ni pun berlakon jadi hero dalam cerita superman returns.. hehehe.. miss amaryllis sangat ketinggalan zaman.. tapi waktu superman returns tu miss amaryllis baru 9 tahun mana la nak kenal pelakon-pelakon inggeris ni. 

walaupun muka dia totally handsome tapi dia berlakon dalam chuck sebagai orang jahat. so people 
"don't judge a book by its cover". 

dan disebabkan Daniel Shaw ni jahat dalam chuck kadar suka miss amaryllis akan dia (chewah guna melayu betoi tu) menurun. anyway i'm still falling for him.. *chuckle* *wink wink*