untuk ramadhan tahun ini baru hari ini miss amaryllis pergi sembahyang terawih.. miss amaryllis buat 20 rakaat yang witir tak buat sebab lupa macam mana nak buat (jujur kan??)
tapi yang bestnya hari ini.. lepas rakaat yang ke-8 tinggal miss amaryllis ja yang bawah umur 25 tahun la.. makcik-makcik yang tinggal untuk sembahyang witir senyum ja tengok miss amaryllis keluar lepas habis sembahyang 20 rakaat (tak sesuai buat menantu). hehehe...
waktu sembahyang terawih ada part miss amaryllis tak khusuk (tak reti eja) sebab ingat masa kecik-kecik dulu.
miss amaryllis pindah ke rumah yang miss amaryllis duduk sekarang waktu umur 8 tahun. sebelum ni miss amaryllis duduk dekat kampung jadi bila terawih miss amaryllis pergi la surau kat kampung dengan kakak-kakak miss amaryllis. daripada enam orang kakak miss amaryllis kadang-kadang semua pergi sembahyang terawih dan kadang-kadang separuh ja pergi. sekarang rindu nak pergi sembahyang terawih ngan kakak2 miss amaryllis. sekarang semua dah sibuk ada sibuk berkerja dan ada juga yang sibuk belajar.
miss amaryllis ingat lagi waktu miss amaryllis umur 6 tahun (orang dah reti baca al-fatihah) time gi sembahyang maghrib miss amaryllis baca kuat al-fatihah ikut imam. mak cik-makcik dan pak cik-pak cik yang ada kat surau tu senyum ja la.. nasib la sembahyang maghrib tiga rakaat ja kalau sembahyang terawih mahu pekak telinga semua orang ada kat situ...
p/s: mak miss amaryllis baru balik dari sembahyang terawih. dia tanya kenapa miss amaryllis lari lepas habis rakaat 20. jadi dengan jujurnya miss amaryllis jawab tak reti sembahyang witir..

No comments:
Post a Comment